Sarawak laksanakan inisiatif khusus untuk bangunkan sistem bekalan air berdaya tahan

Spread the love

KUCHING, 13 Sept: Sarawak kini sedang melaksanakan beberapa inisiatif dalam membangunkan sistem bekalan air berdaya tahan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam memastikan perubahan transformasi berlaku.

Jelas Julaihi, antara inisiatif yang dijalankan adalah  pelaksanaan sistem grid air seluruh Sarawak, menubuhkan entiti tunggal bekalan air.

“Kami sedang melaksanakan sistem grid air seluruh Sarawak, menubuhkan entiti tunggal bekalan air dan badan korporat tunggal sebagai Pengawal Selia, dan menerima pakai pendigitalan,” katanya..

Julaihi kini sedang menghadiri Persidangan Kongres Air Sedunia yang berlansung selama lima hari di Copenhagen, Denmark.

Beliau menyifatkan persidangan tersebut adalah relevan serta tepat pada masanya kerana pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh melaluinya mampu membantu Sarawak dalam menyediakan sistem yang boleh dipercayai, ekonomi dan mampan.

Sarawak bangunkan sistem bekalan air berdaya tahan

“Ini adalah selaras dengan inisiatif di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid atau PCDS 2030,” beliau menambah.

Persidangan Kongres Air Sedunia anjuran Persatuan Air Antarabangsa (IWA) telah berlangsung mulai 11 September hingga 15 September 2022 dengan bertemakan “Water For Smart Liveable Cities”.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Utiliti, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Perancang Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif, Pegawai Kanan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Air dan agensi lain yang berkaitan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.