Lelaki ditemukan mati, dipercayai ditikam

Spread the love

TAWAU, 13 Sept : Seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan tikaman pada bahagian dada sebelah kiri di kawasan Fajar, di sini pada pagi tadi.

Mangsa berumur 27 tahun itu dipercayai meninggal dunia di lokasi penemuan.

Ketua Polis Daerah, ACP Jasmin Hussin, mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi, dan kes masih dalam siasatan awal.

“Sekarang laporan masih dibuat untuk mendapatkan keterangan lanjut, dan setakat ini belum ada kenyataan daripada saya,” katanya.

Baca artikel berkaitan > > > Polis cari empat lelaki bantu siasatan kes bunuh

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 21 saat yang memaparkan keadaan mayat mangsa yang tertiarap dan berlumuran darah, dipercayai akibat tikaman. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.