GPS kekal agihan kerusi seperti PRU-14 – Abang Johari

Spread the love

KUCHING, 13 Sept : Pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang membabitkan empat parti di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengikut kaedah yang diamalkan sebelum ini.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, berikutan kesefahaman yang wujud dalam gabungan itu, pembahagian kerusi tidak menjadi isu besar di kalangan mereka.

Kata beliau apa yang lebih penting bagi GPS ialah keempat – keempat parti tempatan iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) akan bergerak sebagai satu parti mengharungi PRU-15.

“Kita adalah GPS, asasnya sudah ada. Kita ikut sahaja apa yang telah ditetapkan sebelum ini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di sini malam ini.

PRU-14, PBB bertanding di 14 kerusi diikuti enam kerusi diberikan kepada PRS manakala SUPP di tujuh kawasan Parlimen.

PDP pula bertanding di empat kerusi yang menyaksikan GPS memenangi 19 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak sebelum satu kerusi ‘hilang’ apabila Ahli Parlimen Sri Aman mengumumkan keluar GPS. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.