12 lelaki ditangkap, bergaduh di sebuah bistro

Spread the love

MIRI, 13 Sept : Seramai 12 orang lelaki tempatan berumur antara 19 hingga 33 tahun, yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan bersenjata di sebuah bistro di Marina Bay sekitar jam 2.30 pagi Ahad, telah ditangkap pada waktu kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu, memberitahu dalam satu kenyataan pada hari ini bahawa semasa melakukan rondaan di sekitar tempat kejadian, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri telah melihat kekecohan berlaku di dalam bistro tersebut.

“Pergaduhan tersebut telah dileraikan dengan tindakan pantas pasukan rondaan pada ketika itu,” katanya.

Kesemua pesalah terlibat telah ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, iaitu memiliki senjata dalam rusuhan.

“Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh lima tahun atau denda, atau kedua-duanya, sekali jika disabitkan kesalahan,” tambahnya.

Sehubungan itu, Alexson berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut agar tidak mengganggu siasatan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden itu diminta tampil ke balai polis (talian 085-432081) untuk menyalurkan maklumat. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.