Juara Terbuka AS, Alcaraz pemain termuda duduki ranking nombor satu dunia

Spread the love

MOSCOW, 12 Sept: Pemain tenis Sepanyol Carlos Alcaraz memenangi perlawanan akhir perseorangan lelaki di Terbuka AS menewaskan pemain Norway, Casper Ruud.

Alcaraz, 19, kini menjadi pemain tenis termuda untuk bergelar pemain nombor satu dunia, lapor Sputnik.

Beliau mengatasi Ruud 6-4, 2-6, 7-6 (1), 6-3 dalam Terbuka AS di Flushing, New York, pada Ahad.

Dengan kemenangan itu, Alcaraz muncul sebagai remaja lelaki pertama merangkul gelaran Grand Slam sejak Rafael Nadal memenangi Terbuka Perancis pada 2005.

Pada Sabtu, pemain tenis ranking pertama dunia dari Poland, Iga Swiatek menewaskan Ons Jabeur dari Tunisia dalam perlawanan akhir perseorangan wanita Terbuka AS.

Swiatek, 21, memperoleh kemenangan 6-2, 7-6 (7-5) ke atas Jabeur, 28, yang menduduki ranking kelima dunia. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.