Jadikan lukisan Monalisa sebagai inspirasi untuk kembangkan bakat melukis

Spread the love

SARATOK, 11 Sept : Para ibubapa diseru supaya menjadikan lukisan Potret Monalisa karya Pelukis Agung Leonardo Da Vinci sebagai peniup semangat dalam diri masing-masing untuk menyemai minat dan mengasah bakat anak mereka dalam bidang seni lukis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik mempunyai harapan yang tinggi agar suatu hari nanti Daerah Saratok, Kabong dan Roban akan dapat menghasilkan Pelukis yang bukan sahaja terkenal diperingkat Negeri Sarawak malah dunia.

“Kita sedia maklum dalam bidang lukisan ini telah melahirkan ramai bakat-bakat yang dikenali diseluruh dunia.

“Contohnya Leonardo Da Vinci yang terkenal dengan hasil karya beliau yang diberi nama Monalisa.

“Yang mempunyai nilai yang begitu tinggi sehingga mencecah jutaan ringgit. Jadi inilah yang sepatutnya menjadi peniup semangat kepada para ibubapa yang mempunyai anak yang cenderung dan mempunyai bakat dalam melukis,” katanya.

Friday Belik berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Mewarna Sempena Perayaan Kuih Bulan dan Hari Malaysia 2022 yang dianjurkan Persatuan Chiang Chuan di Dewan SJKC Myn Syn disini pada Ahad.

Tambahnya, inisiatif yang dijalankan oleh Persatuan Chiang Chuan Cawangan Saratok ini seharusnya wajar dijadikan contoh dan dipuji.

“Usaha dan inisiatif sebegini daripada Persatuan Chiang Chuan Saratok harus kita contohi dan teladani malah harus dipuji.

“Kerana ia akan dapat memberi sesuatu impak yang besar kepada masa depan generasi muda atau anak-anak disuatu masa nanti melalui bidang lukisan,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.