COVID-19 : 670 kes baharu di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 12 Sept : Sebanyak 670 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak bagi tempoh 4 hingga 10 September lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak juga memaklumkan, tiada kematian dicatatkan dalam tempoh tersebut.

Dalam pada itu, jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 313, 821 kes sejak permulaan pandemik.

“Daripada jumlah kes baharu yang disahkan, 22 kes berada pada kategori klinikal 3, 4 dan 5,” jelas JBPN Sarawak menerusi kenyataan media hari ini.

Kuching merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 234 kes, diikuti Sibu (105), Miri (101), Bintulu (65) dan Samarahan dengan 28 kes.

Sebanyak enam daerah antaranya Tatau, Kabong dan Sebauh tidak mencatatkan sebarang kes. – TVS

Status terkini COVID-19 di Sarawak bagi tempoh 4 hingga 10 September 2022. Sumber: JPBNS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.