Usahawan luar bandar perlu kuasai kemahiran digital

Spread the love

TASEK GELUGOR, 11 Sept : Usahawan luar bandar disaran agar menguasai kemahiran digital dalam menghadapi persaingan perniagaan yang semakin kompetetif ketika ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, usahawan luar bandar juga perlu membuat anjakan paradigma dalam perniagaan selaras dengan perubahan ekonomi berasaskan digital dan Revolusi Industri 4.0.

Katanya, para usahawan digalakkan untuk menghadiri latihan dan program peningkatan kemahiran digital bagi memastikan produk yang dipasarkan dapat menarik perhatian selain beralih kepada pemasaran secara digital yang menjadi norma baharu dalam perniagaan.

“Memasarkan produk di media sosial sahaja tanpa strategi dan kemahiran berkemungkinan tidak memberi impak yang berkesan.

“Sebab itu kementian menyediakan banyak kursus dan bimbingan digital bagi membantu usahawan luar bandar dalam memasar, menambah baik mutu dan kualiti produk dalam persedian memulakan perniagaan dalam talian termasuk menyediakan platform [email protected],” katanya malam tadi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Lembaga Kemajuan Wilayah Utara (PERDA) (Expert) 2022 di Kubang Menerong di sini.

Turut hadir, Pengerusi PERDA, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan.

Penganjuran Expert diperkenalkan berpandukan Teras Strategik 1 dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang menyasarkan Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan perniagaan mikro menyumbangkan sebanyak 50 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2030.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.