Tingkat kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan – Rubiah Wang

Spread the love

KOTA SAMARAHAN, 11 Sept : Kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan perlu dipupuk secara berterusan di kalangan masyarakat, kata Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang.

Rubiah berkata, walaupun sesuatu kawasan memiliki fasiliti kesihatan yang lengkap serta canggih, namun itu bukan indikator bahawa masyarakat bebas daripada sebarang penyakit.

“Apa yang lebih penting ialah sekiranya kita dapat mendidik dan memberi kesedaran mengenai kesihatan kepada semua pihak,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (AMNS) Peringkat Samarahan di sebuah pusat beli belah di sini hari ini.

Sementara itu, Rubiah berkata, usaha menangani isu kesihatan awam bukan terletak di bahu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) semata-mata sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama.

Malah kerajaan telah menyediakan pelbagai fasiliti kesihatan dan perubatan terbaik selain menaik taraf perkhidmatan itu agar dapat dimanfaatkan oleh rakyat.

“Namun semua ini bagaikan tiada kesudahan kerana hanya satu pihak sahaja yang memainkan peranan, sedangkan isu kesihatan ini bukanlah tanggungjawab kerajaan sahaja tetapi merupakan tanggungjawab bersama.

“Maksudnya, bukan sahaja tanggungjawab doktor  atau pegawai-pegawai perubatan tetapi sebenarnya untuk memastikan kelestarian kesihatan di negara kita ini memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.