Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menjadi raja paling lama memerintah di dunia susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II. Foto: Reuters

Sultan Brunei raja paling lama memerintah selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II

ByBernama

MOSCOW, 11 Sept: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menjadi raja paling lama memerintah di dunia susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II, lapor Sputnik memetik akhbar Daily Mail pada Jumaat.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Putera William dan Putera Harry tampil bersama di perkarangan Istana Windsor
  2. 2. Raja Charles III ikrar ‘khidmat sepanjang hayat’
  3. 3. Malaysia rakam takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II
  4. 4. Ratu Elizabeth II mangkat

Sultan Hassanal Bolkiah menaiki takhta pada 1967 dan telah memerintah hampir 55 tahun, manakala Ratu Elizabeth II menduduki takhta selama lebih 70 tahun, lapor akhbar itu.

Raja kedua paling lama memerintah ialah Ratu Margrethe II dari Denmark.

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis. -TVS