Sarawak berhasrat jadikan Simanggang sebagai Bandar Pesta Benak utama di Malaysia

Spread the love

SRI AMAN, 11 Sept : Kerajaan Sarawak berhasrat untuk mempromosikan Simanggang sebagai lokasi pesta ombak sungai yang utama di Malaysia.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana fenomena alam yang menyaksikan pergerakan air sungai beralun menuju ke hulu sungai tidak berlaku di banyak tempat lain di negara ini.

“Sarawak amat bertuah kerana memiliki perkara menarik sehingga kita dapat mengadakan acara seperti Pesta Benak ini.

“Sejak kali pertama berlangsung, pesta ini menjadi tarikan pelancongan dan oleh itu kerajaan negeri mahu menjadikan Simanggang sebagai Bandar Benak Malaysia,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Benak kali ke-19 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni, Ahlu Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.

Majlis Penangguhan Pesta Benak 2022
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud turut hadir menyaksikan Pesta Benak 2022 di Simanggang di sini hari ini. Foto Akma Saleh (TVS)

Sementara itu, Abdul Karim berkata, penganjuran Pesta Benak juga mampu menarik jumlah pelancong ke Sarawak.

“Saya difahamkan tempat penginapan sudah mula ditempah sejak awal lagi.

“Ini seterusnya membantu industri pelancongan kita termasuk usahawan kraf, perhotelan atau kedai makan yang menerima manfaat,” katanya.

Antara aktiviti menarik yang berlangsung sempena Pesta Benak 2022 termasuklah acara perlumbaaan perahu panjang. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.