Miri berpotensi jadi lokasi pelancongan perniagaan

Spread the love

MIRI, 11 Sept : Bandar raya ini yang terkenal dengan keindahan laut dan pantai berpotensi untuk menjadi lokasi pelancongan perniagaan.

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan menggiatkan usaha mempromosikan Miri bagi menarik minat syarikat korporat menganjurkan persidangan perniagaan di sini.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, pada tahun ini MBM berbesar hati apabila program motivasi Tribe Spirit Team Buidling memilih Miri sebagai lokasi penganjuran selepas diadakan di Kuching pada tahun lepas.

“Kami berharap peserta Tribe Spirit Team Building akan memasukkan elemen – elemen menarik yang terdapat di Miri dalam video yang dihasilkan oleh mereka dan seterusnya MBM akan menggunakan untuk mempromosikan bandar raya ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pembukaan acara itu di Coco Cabana di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen Sarawak, Amelia Roziman.

Mengulas mengenai potensi Miri, Adam Yii berkata, kawasan ini juga mempunyai tarikan alam semula jadi dan kepelbagaian sumber yang mampu memberi pengalaman baharu kepada komuniti perniagaan yang memilih Miri sebagai lokasi penganjuran acara masing – masing.

“Program seperti Tribe Spirit Team Buidling juga dapat meningkatkan nilai industri perlancongan di Miri dan memberi pengalaman baharu kepada peserta terlibat,”katanya.

Sementara itu Amelia berkata, kekuatan yang dimiliki Miri akan membolehkan bandar raya ini dapat bersaing sebagai destinasi utama bagi menarik korporat.

“Miri menawarkan pelbagai perkara termasuk budaya dan warisan selain mempunyai faktor penarik yang kuat apabila terdapat syarikat korporat dalam industri minyak dan gas di sini,”katanya.

Perkara itu katanya membuatkan Miri mempunyai peluang dan potensi besar untuk berkembang dan kerjasama dengan MBM dan Pejabat Residen pula dijangka akan mampu menjayakan matlamat berkenaan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.