Kerajaan Sarawak belanjakan lebih RM5 juta untuk projek rakyat di Batu Kitang

Spread the love

KUCHING, 12 Sept : Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan lebih RM5 juta untuk melaksanakan pelbagai Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang termasuk di Kampung Haji Baki.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang berkata, peruntukan berkenaan telah mengubah landskap di kampung berkenaan.

“Kerajaan menambahbaik kemudahan infrastruktur di sini.

“Kita dapat lihat Kampung Haji Baki hari ini telah mengalami pembangunan yang lancar sejak lima tahun lepas,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Bengkel My Kampung Love Haji Baki di sini hari ini.

Sementara itu, Khere Chiang berkata, pertubuhan yang ditubuhkan di sebuah kampung dapat memainkan peranan penting untuk menjaga keselamatan dan kebajikan penduduk.

Katanya, pertubuhan juga boleh menjadi penghubung di antara penduduk kampung terlibat dengan kerajaan.

“Oleh itu saya ingin berpesan kepada semua pertubuhan di kampung termasuk yang di sini supaya lebih proaktif dan berperanan secara efektif dalam mengurus tadbir kampung.

“Ini akan membantu melicinkan usaha pembangunan yang dirancang disamping memastikan peruntukan dapat disalur dengan teratur,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.