Festival kuih bulan kini diraikan pelbagai kaum di Sarawak- Sebastian Ting

Spread the love

MIRI, 11 Sept : Festival kuih bulan yang diraikan kaum Cina kini sudah berkembang apabila turut disambut masyarakat pebagai kaum di Sarawak,kata Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Sarawak berkata, ketika ini festival berkenaan menunjukkan perpaduan kaum yang meraikan pelbagai perayaan bersama-sama.

“Jika dilihat perkembangan festival ini, anda kini boleh mendapatkan kuih bulan yang halal.

“Jadi apa kita kita miliki sekarang, budaya sambutan perayaan kuih bulan yang diraikan secara bersama – sama ini ditunjukkan oleh rakyat Sarawak kepada Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Penghormatan Gala Perayaan Warga Emas dan Pertengahan Musim Luruh anjuran Persatuan Foochow di Eastwood Valley, Miri hari ini.

Sementara itu, Sebastian Ting berkata, perayaan berkenaan juga membawa bersama nilai murni termasuk  menghormati ibu bapa dan orang tua yang merupakan tradisi penting kaum Cina yang perlu dikekalkan.

“Melalui perasaan saling hormat-menghormati di dalam keluarga, mereka akan menjadi keluarga bahagia dan anak-anak akan menyebarkan juga kebahagian dalam masyarakat,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.