Wilayah Indonesia digegarkan dengan empat gempa bumi besar pagi tadi

Spread the love

JAKARTA, 10 Sept : Indonesia merekodkan empat gempa bumi bermagnitud antara 5.9 hingga 6.2 yang mengegarkan Timur Laut Mamberamo Tengah, Mamberamo Raya, Papua pagi tadi.

Agensi Meteorlogi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia berkata, gempa itu berlaku pada pukul 8.31 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa dikesan pada kedudukan lapan kilometer (km) Mamberamo Raya dengan kedalaman 19 km di bawah dasar laut.

Kesemua gegaran itu merupakan gempa bumi cetek akibat aktiviti sesar ‘Anjak Mamberamo’.

“Hasil analisis menunjukkan keempat-empat gempa bumi ini mempunyai mekanisme pergerakan naik (thrust-fault) sehingga berlaku siri gempa bumi yang berterusan,” kata kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Gempa bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan laporan rasmi berhubung kemusnahan dan jumlah mangsa yang terjejas. -TVS.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.