Wanita Indonesia rentung dalam kebakaran di Bintulu

Spread the love

BINTULU, 10 Sept : Seorang pekerja wanita Indonesia rentung apabila biliknya di blok pekerja milik sebuah kilang papan lapis di Jalan Kemena, di sini, terbakar awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia 24 tahun itu berseorangan di biliknya manakala dua rakan yang tinggal di situ sedang bekerja.

“Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kebakaran pada pukul 2.59 pagi.

“Kebakaran hanya melibatkan sebuah bilik yang terbakar sepenuhnya,” kata jurucakap berkenaan menerusi kenyataan media hari ini.

Bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 3.20 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.30 pagi.

Menurut PGO, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.