Tebingan Sungai Sri Aman akan diperluas – Abang Johari

Spread the love

KUCHING, 10 Sept : Kawasan Tebingan Sungai Sri Aman akan diperbesar bagi memberikan lebih banyak kemudahan kepada rakyat di kawasan itu, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata penambahbaikan tebingan sungai akan memudahkan penduduk di situ membawa naik hasil tangkapan ikan bulu, yang sinonim dengan bandar Simanggang.

Tebingan Sungai Sri Aman akan diperluas – Abang Jo

“Wakil rakyat Sri Aman ada minta tambah lagi ‘waterfront’ (tebingan) ini sampai ke hulu sungai (Batang Lupar) supaya kita ada tempat untuk bawa ikan bulu yang ditangkap untuk Sri Aman. Kita akan teruskan projek waterfront ini dengan peruntukan yang kita akan beri untuk meningkatkan kemudahan.

“Akan ada lokasi tertentu (pembinaan tebingan) dan tidak akan menjejaskan kawasan tebingan sekarang. Pembangunan ini menjadikan Sri Aman bertukar wajah menjadi lebih baik,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Benak Sri Aman 2022 di Tebingan Sungai Sri Aman hari ini.

Baca artikel berkaitan > > > Satu kementerian di Sarawak akan dijenamakan semula – Abang Johari

Mengenai nama baharu bagi Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah yang bakal diumumkan kelak, Abang Johari  berkata langkah itu diambil bagi menghapuskan gambaran golongan petani sebagai komuniti yang hidup susah.

“Jadi petani (mimik) muka (kena) susah, pegang cangkul dan pakai topi, tapi sebenarnya pertanian adalah sektor yang gunakan kaedah baharu termasuklah kaedah digital teknologi dalam pengeluaran makanan,” katanya.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.