Satu kementerian di Sarawak akan dijenamakan semula – Abang Johari

Spread the love

SRI AMAN, 10 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan nama baharu bagi Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak dalam masa terdekat.

“Kita akan mengubah pendekatan pertanian dan akan umum nama baharu kementerian ini.

“Ini kerana pertanian merupakan sektor penting, terutamanya dalam pengeluaran makanan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Benak 2022 di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, turut mencadangkan agar nama kementerian itu ditukar kepada Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Satu kementerian di Sarawak akan dijenamakan semula – Abang Johari
  2. 2. Tebingan Sungai Sri Aman akan diperluas – Abang Johari

Pertukaran nama itu, ujarnya, telah dipersetujui oleh kerajaan negeri namun perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Abang Johari.

Sementara itu, Abang Johari berkata kerajaan juga mempunyai dasar baharu dalam sektor pertanian.

Bagaimanapun, ia hanya akan diumumkan setelah kesemua infrastruktur berkaitan dalam sektor tersebut siap dibina.

“Sri Aman dikenal pasti sebagai satu kawasan yang mengeluarkan padi untuk kegunaan kita di seluruh negara.

“Ini bermakna kita akan membangunkan infrastruktur yang akan menelan belanja yang agak besar.

“Saya telah berunding dengan kerajaan persekutuan untuk kita membangunkan kawasan ini.

“Malah saya dan kementerian Dr Rundi juga mempunyai dasar baharu untuk kita tingkatkan lagi kualiti para petani dan hasil mereka,” tambahnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.