PATI jadi tokan dan penagih dadah dicekup di Sebauh

Spread the love

BINTULU, 10 Sept: Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan di sekitar bandar ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Batholomew Umpit berkata, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30an ditahan di kawasan perumahan Jalan RPR Segawan, Sebauh, dekat sini pukul 1 petang kelmarin.

“Hasil pemeriksaan, polis berjaya merampas dua paket plastik lutsinar dan 15 keratan tiub straw berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran seberat 15 gram,”katanya menerusi kenyataan media semalam.

Menurut Batholomew, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Ampethamine dan Methamphetamine.

“Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya.

Batholomew menambah suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Immigresen 1959/1963 atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.