Sertai uji bakat gameshow pertama TVS ‘Lombak Rindok Go!’ pada Sabtu

Spread the love

KUCHING, 9 Sept : Buat julung kalinya TVS akan menyiarkan sebuah rancangan permainan realiti bertajuk Lombak Rindok Go.

Sehubungan itu pihak penerbit menjemput rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi peserta menghadiri sesi uji bakat yang berlangsung esok di Pustaka Negeri Sarawak.

Uji bakat bermula pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari dan penyertaan terbuka kepada mereka yang berumur 18 hingga 40 tahun.

Syarat-syarat penyertaan

Penerbit eksekutif, Ahmad Zainuddin Abdullah berkata, pihaknya mencari peserta yang bertenaga dan ceria untuk menyertai program ini.

“Seramai 54 peserta akan bertanding dalam rancangan ini dan hanya satu pasukan akan dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000,” katanya.

Bagi sesi uji bakat, peserta perlu menjalani tiga tugasan iaitu ujian fizikal dan mental, ujian komunikasi dan kimia serta ujian keperibadian.

‘Lombak Rindok Go’ bakal menemui penonton

Perlumbaan akan diadakan di sekitar tempat menarik di Kuching dan kawasan berhampiran.

Program realiti ini diterbitkan oleh Cuepro Productions Sdn. Bhd.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ahmad Zainuddin di talian 012-661 8354. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.