Pameran pendidikan dan Kerjaya MEITD 2022 beri maklumat tepat

Spread the love

SERIAN, 9 Sept: Pameran Pendidikan dan Kerjaya 2022 yang dianjurkan oleh Kementeri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) berupaya membantu pelajar, guru-guru dan juga ibu bapa pelajar, selain membina jaringan antara institusi pengajian dengan pusat latihan awam, badan bukan kerajaan serta pihak industri.

Menteri MEITD, Datuk Roland Sagah Wee Inn, berkata inisiatif tersebut dapat menyediakan platform bagi pelajar, ibu bapa serta guru untuk memperoleh maklumat tepat mengenai bidang kursus pendidikan terkini selain tentang sektor kerjaya berkaitan dengan kursus yang ditawarkan.

“Bagi pelajar yang akan menamatkan pendidikan, ia amat penting bagi anda untuk mengetahui tentang pelbagai haluan dan proses sebelum mereka boleh menggapai atau terjun ke dalam dunia pekerjaan.

“Pelajar perlu meletakkan usaha gigih untuk menarik minat pihak industri yang menyediakan pekerjaan manakala industri juga sama dalam mencari pelajar atau graduan terbaik buat mereka,” katanya.

Sagah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pameran Pendidikan dan Kerjaya MEITD 2022 di Dewan Masyarakat Tapah, Serian.

Menurutnya, maklumat yang tepat mengenai penawaran kursus di institusi adalah penting kerana separuh daripada pekerjaan yang ditawarkan pada masa sekarang merupakan pekerjaan yang tidak wujud 25 tahun lalu.

Pameran Pendidikan Dan Kerjaya 2022 memanfaat pelajar

Justeru, kerjasama erat di antara pihak industri dengan institusi pendidikan penting untuk menyediakan latihan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran kerjaya semasa.

“Kedua-dua komponen ini harus bekerjasama dalam mempromosikan kemahiran yang diperlukan untuk bidang pekerjaan, dengan gabungan data kebolehpasaran pekerja bersama industri dalam membentuk kemahiran mengikut keperluan pekerjaan pada masa akan datang,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.