Alan Walker jadi tumpuan utama BMF 2022

Spread the love

KUCHING, 9 Sept : Borneo Music Festival (BMF) yang kembali dianjurkan tahun ini menjadi ‘buah mulut’ apabila berjaya menghimpunkan barisan deejay terkenal antarabangsa.

Paling mencuri tumpuan sudah pasti kemunculan pemuzik kelahiran United Kingdom, Alan Walker.

Selebriti berusia 25 tahun dijangka akan menggegarkan pentas BMF dengan karya hitnya termasuklah Alone, Sing Me To Sleep, Faded dan Lily.

Seorang pengunjung, Viviana Lin Winston, 22, berkata, dia tidak sabar untuk menyaksikan persembahan deejay itu yang sudah lama diminatinya.

“Saya telah mendengar muziknya sejak di tingkatan lima dan sehingga sekarang masih menikmati karyanya,” katanya kepada TVS.

Seorang lagi pengunjung, Mohd. Shahrul Qaizat Marzuki, 24, memberitahu, dia meminati Alan sejak artis itu mula berkecimpung dalam bidang muzik.

“Antara lagunya yang saya paling minat ialah Alone,” ujar Shahrul.

Alan Walker dijadual membuat persembahan di hari kedua BMF 2022 pada malam esok.

Borneo Muzik Festival 2022

BMF 2022 berlangsung di Kampung Budaya Sarawak selama dua hari bermula hari ini.

Hari pertama malam ini dimeriahkan dengan seorang lagi deejay terkemuka dari Korea Selatan, DJ Soda.

Selain itu terdapat beberapa artis lain yang akan turut membuat persembahan termasuklaj DJ Venom C, DJ X Factor, Moski Love, DJ Alexis Grace, Nicole Chen, DJ Chaca, Priscilla Abby, Rynn Lim, Thomasjack, DJ Ice-Cream, Tuku’ Kame’, At Adau, DJ Myvax dan DJ Paul.- TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.