Wanita suspek kes penipuan pelaburan tidak wujud RM1.2 juta serah diri

Spread the love

BALING,8 Sept : Suspek wanita berusia 23 tahun dalam kes penipuan pelaburan tidak wujud dikenali sebagai Savingbywaniey atau Free Cash (FC) ditahan polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, gadis yang diburu polis itu ditahan ketika dia tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling kira-kira pukul 4 petang.

“Permohonan reman terhadap suspek dijangka dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani.

Baca artikel berkaitan >>>>> Wanita hamil ditahan tipu pelaburan RM1.2 juta, seorang lagi diburu

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sementara itu, menurut Shamsudin, dua lagi suspek termasuk wanita mengandung yang ditahan baru-baru ini telah dibebaskan dengan jaminan polis.

TVS pada 25 Ogos lalu melaporkan, seorang wanita yang sarat hamil antara dua suspek perempuan berusia 30 tahun yang ditahan kerana disyaki terlibat kes penipuan pelaburan wang tidak wujud dikenali sebagai Savingbywaniey atau FC.

Polis turut memburu seorang lagi suspek wanita dari Kampung Landak Hilir, Kupang di sini yang disyaki turut terlibat dalam kes sama.

Kegiatan itu terbongkar selepas polis menerima 33 laporan daripada penduduk Baling yang mendakwa menjadi mangsa dengan nilai kerugian berjumlah RM1.2 juta dalam tempoh dua bulan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.