Penemuan baharu batu kapur berbentuk kucing di Gua Niah bakal jadi tarikan

Spread the love

MIRI, 8 Sept : Penemuan struktur batu kapur berbentuk seekor kucing di Gua Niah dijangka bakal menjadi satu lagi tarikan di Taman Negara berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu,Datuk Rosey Yunus berkata,perkara itu sangat menarik malah sebelum ini tidak ada pihak yang mengetengahkannya.

“Saya berharap agar ianya dapat dipromosikan dan seterusnya menjadi tarikan baharu di Gua Niah,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Gua Niah bersama media, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Wanita Cawangan Bekenu serta Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Bekenu.

Dalam pada itu, mengulas berkenaan persidangan antarabangsa di Taman Negara Niah untuk pencalonannya sebagai tapak warisan dunia pada 5 September lalu, Rosey berkata, beliau menyokong penuh cadangan Kerajaan Sarawak.

Batu Kapur berbentuk kucing di Gua Niah bakal jadi tarikan

“Saya merasakan amat perlu bagi Gua Niah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia kerana dikatakan penemuan sejarah bermula di sini, malah jauh lebih awal berbanding tempat lain.

“Sebelum ini dikatakan pernah wujud tamadun di sini sekitar 45,000 tahun lepas malah ada yang mengatakan sebenarnya telah wujud lebih 65,000 tahun,” katanya.

Sehubungan itu kata Rosey, berdasarkan kriteria berkenaan, Gua Niah wajar diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.