Lelaki nyaris maut SUV rempuh pokok di Sibu

Spread the love

SIBU, 8 Sept : Seorang lelaki nyaris maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner yang dipandunya merempuh sebatang pokok di Jalan Tunku Abdul Rahman, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.15 petang itu,difahamkan pemandu berusia 59 tahun itu datang dari arah Lapangan Terbang Sibu ke pusat bandar.

Ketua Polis Daerah,Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata,setibanya di tempat kejadian,SUV berwarna putih yang dipandu lelaki itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok.

“Akibatnya pemandu mengalami luka di kepala serta badan dan dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu,kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan semasa memandu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.