Kuching, I’m here – DJ Soda

Spread the love

KUCHING, 8 Sept : Deejay terkenal antarabangsa, DJ Soda berkongsi keterujaannya selepas ‘mendarat’ di Sarawak malam tadi.

Selebriti berusia 32 tahun berasal dari Korea Selatan itu merupakan salah seorang artis yang akan beraksi di Borneo Music Festival 2022 di Kampung Budaya Sarawak selama dua hari bermula esok.

Menerusi hantaran di insta story Instagramnya, DJ Soda yang terkenal dengan lagu Okay itu memuat naik aksi ‘berlari’ dalam bilik hotelnya di pusat bandar.

“Kuching, I’m here,” tulisnya.

Kemaskini seterusnya menunjukkan dia mencuba beberapa makanan tempatan termasuk nasi goreng, sate dan mi goreng mamak dengan penerangan bertulis ‘selamat makan’.

Difahamkan, selebriti yang mempunyai 15 single popular itu tiba di Sarawak selepas selesai membuat persembahan di Indonesia.

Selain DJ Soda, Borneo Music Festival 2022 juga akan menyaksikan artis ternama lain termasuk Alan Walker, DJ Alexis Grace, DJ Ice Cream, DJ Chaca, DJ MYVAX , DJ Paul dan MC Vibe (Malaysia), Nicole Chen (Singapura), DJ X Factor (Filipina), DJ Venom C dan Moski Love (Indonesia) serta bintang Sarawak At Adau, Tuku Kame and Buloh Berkocak. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.