GRS tiada hasrat “gaduh” demi berebut kerusi

Spread the love
TAWAU, 6 Sept: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan ‘bergaduh’ dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk merebut kerusi yang ingin ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
 
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerjasama antara GRS dan BN yang pada ketika ini berada dalam keadaan baik perlu diteruskan pada PRU15 demi mencapai kemenangan yang diinginkan.
 
“Kerajaan Negeri pada ketika ini adalah kerajaan GRS dan BN, inshaAllah dalam PRU15 akan datang pun kita akan bekerjasama,” katanya.
 
Beliau berkata ketika ditanya berkaitan UMNO dan BN yang dilaporkan akan mengambil langkah bergerak solo pada PRU15 jika agihan kerusi tidak menepati hasrat mereka.
 
Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah berkata, hanya kerjasama dan sefahaman sahaja formula untuk mendapatkan kemenangan pada PRU15 nanti.
 
“Saya yakin pimpinan UMNO dan BN Sabah mereka mahu bekerjasama dengan GRS.
 
“Kita penat gaduh-gaduh dalam politik ini, kita bagi kerusi saja,” katanya lagi. – TVS
Tags: BN, GRS, PRU-15

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.