Pekerja Bangladesh maut dihempap batang paip tumbang

Spread the love

BATU KAWAN, 5 Sept : Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas dihempap batang paip yang tumbang ketika bekerja di sebuah tapak pembinaan di Taman Perindustrian di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Pejabat Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, kemalangan berlaku ketika  pekerja kontrak itu menjalankan kerja-kerja pemasangan sistem pemadaman kebakaran pada sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.

“Mangsa dikatakan telah dihempap oleh paip pemercik yang disandarkan pada sebuah scissor lift yang jatuh secara tiba-tiba dan mengenai kepalanya.

“Dia dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menambah, sepasukan pegawai penyiasat dari JKKP telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sejurus menerima aduan mengenai kemalangan tersebut.

“JKKP mengeluarkan satu Notis Larangan dan lokasi itu telah disita serta merta sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Tindakan perundangan akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ke atas pihak yang bertanggungjawab,” kata kenyataan itu lagi. – TVS.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.