Lelaki maut terkena bom ikan buatan sendiri 

Spread the love
IPOH , 5 Sept : Seorang lelaki terbunuh manakala rakannya parah dipercayai akibat terkena bom ikan di Hutan Lipur Lata Kekabu, Lenggong dekat sini hari ini.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa yang berusia 44 tahun dilaporkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala rakannya berusia 40 tahun mengalami kecederaan parah.
 
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.12 petang sebelum pegawai penyiasat bergegas ke lokasi.
 
“Hasil siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu terkena bahan letupan buat sendiri yang dipercayai digunakan untuk mengebom ikan.
 
“Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Gerik untuk proses bedah siasat dan mangsa yang parah masih menerima rawatan di Hospital Taiping,” katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
 
Sementara itu, Mohd. Yusri turut menasihati orang ramai agar tidak menjalankan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pengunaan bahan letupan bagi tujuan menangkap ikan.
 
Katanya, orang ramai juga diingatkan agar tidak menyalahgunakan kawasan rekreasi sebagai lokasi bagi aktiviti menangkap ikan. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.