Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan naik taraf klinik Kesihatan Sadong Jaya

Spread the love

SADONG JAYA, 5 Sept: Kerajaan Persekutuan akan meluluskan segera peruntukan bagi menambah baik kemudahan di beberapa klinik kesihatan di sini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kelulusan itu termasuk untuk kerja menaik taraf beberapa peralatan di Jabatan Kecemasan dan laluan ke Klinik Kesihatan Keluarga (MCH).

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan menambah set generator di klinik berkenaan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik.

“Dengan adanya tambahan set generator, maka ianya merupakan pelan kecemasan sekiranya bekalan elektrik itu terganggu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan meninjau kemudahan kesihatan di situ.

Yang turut hadir,Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Micheal Tiang Ming Tee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari di Sarawak turut melawat Klinik Kesihatan Semera Lot.

Sementara itu, Nancy yang turut menyertai lawatan ke klinik berkenaan menyerahkan sumbangan RM3,000 bagi menjalankan aktiviti di situ. -TVS.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.