Hab penyelidikan klinikal perlukan fasiliti berkelas dunia

Spread the love

KUCHING, 5 Sept : Kemudahan fasiliti berkelas dunia merupakan antara faktor yang diperlukan bagi memastikan Malaysia tersenarai sebagai salah satu hab penyelidikan klinikal bertaraf dunia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, contoh kepada fasiliti berkenaan ialah seperti yang dirancang oleh Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk memiliki ‘First In Human Chemical Trial’ yang pertama pada tahun hadapan.

“Jadi untuk itu, ianya memerlukan kakitangan, fasiliti, pendaftaran pesakit serta rangka kerja kawal selia.

“Semua perkara ini merupakan keperluan untuk menjadi hab penyelidikan bertaraf dunia untuk percubaan klinikal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat HUS dan menyaksikan Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Clinical Research Malaysia dan Novartis Malaysia, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Berhubung ‘First In Human Chemical Trial’, Khairy Jamaluddin berkata, adalah penting untuk para pesakit diberitahu dengan jelas tujuan serta matlamat setiap ujian yang dijalankan bagi memastikan penyelidikan berjalan lancar.

“Pesakit bukan menjadi tikus makmal sebaliknya sebahagian daripada usaha untuk mencari rawatan moden dan terkini untuk merawat penyakit seperti kanser dan sebagainya,” katanya. -TVS.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.