GRS mahu BN teruskan kerjasama di Sabah

Spread the love
LAHAD DATU, 5 Sept: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu Barisan Nasional (BN) terus menyatakan kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) demi kepentingan rakyat dan negeri Sabah secara keseluruhan.
 
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, hanya dengan kerjasama dan persefahaman yang jitu antara semua parti dalam GRS dan BN akan membantu kemenangan pada PRU15 akan datang.
 
“Saya nyatakan pada rakan-rakan saya dalam BN seperti mana saya nyatakan kepada rakan-rakan dalam GRS kita kena bersatu hati, kita orang Sabah.
 
“Saya mahu mendengar daripada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang mereka nyatakan mereka mahu bekerjasama untuk kepentingan negeri Sabah,” katanya.
 
Beliau berkata ketika berucap pada Program Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Sabah di Dewan Sri Perdana Lahad Datu, di sini.
 
Katanya, GRS dan BN perlu belajar daripada pengalaman lalu yang merugikan banyak pihak kerana pada ketika ini gabungan GRS dan BN berada di landasan tepat untuk terus membawa kemajuan kepada Sabah.
 
Beliau yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah berkata, setiap parti tidak boleh mementingkan diri kerana walau memiliki kehebatan dan ketokohan pemimpin jika tidak bersatu hati tidak akan boleh meraih kejayaan.
 
“Ini lah masanya kita bersatu hati dalam Gabungan Rakyat Sabah,” katanya lagi.-TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.