Tun Dr Mahathir dibenar keluar IJN pagi tadi

Spread the love

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.30 pagi tadi.

Pejabat Dr Mahathir dalam satu kenyataan memaklumkan Dr Mahathir akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa ini (6 Sept).

Baca artikel berkaitan >>>>> Tun Dr Mahathir positif COVID-19

Sebelum ini, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan, setelah disahkan positif COVID-19 pada 31 Ogos lepas. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.