Teknologi ultrabunyi mampu tingkatkan kompetensi doktor di pedalaman Sarawak

Spread the love

KUCHING, 4 Sept: Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Doktor Ismuni Bohari berkata, dengan adanya inovasi teknologi ultrabunyi, ia dapat meningkatkan kompetensi para doktor di kawasan pedalaman Sarawak.

“Ini merupakan salah satu kebaikan untuk Sarawak bagi memastikan kelestarian di Sarawak ini terutama di kawasan-kawasan pedalaman untuk mempertingkatkan kompetensi doktor di pedalaman supaya perkhidmatan kesihatan boleh dipertingkatkan di mana sahaja.

“Kita di Kementerian Kesihatan (KKM) sedaya upaya memberi perkhidmatan yang terbaik di mana sahaja kita berada,” katanya ketika ditemui media di perasmian MAXIMUSS (Master And Explore In Imaging Medical Ultrasonography Skill) di Auditorium Utama Hospital Umum Kuching, Sarawak semalam.

Tambah Ismuni, inovasi seperti ini juga harus dikongsi demi kebaikan bersama.

“Melihat kepada inovasi-inovasi seperti ini perlu untuk dikongsikan bersama dan kami sangat menggalakkan semua kakitangan untuk memperoleh sesuatu melalui perkongsian seperti ini,” ujarnya.  – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.