Abang meninggal, adik parah motosikal dua beradik bertembung di Jalan Mambong

Spread the love

KUCHING, 4 Sept : Seorang lelaki maut selepas motosikalnya bertembung dengan motosikal yang ditunggang oleh adiknya dalam kejadian di Jalan Mambong, Padawan, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kemalangan pada pukul 7.30 malam itu menyebabkan Walter Ripu, 26, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, berdasarkan maklumat keluarga, mangsa keluar mencari adiknya, Terry Ripu,18, yang pergi memancing.

“Pelanggaran berlaku disebabkan oleh lampu hadapan kedua – dua motosikal itu tidak berfungsi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Abang Zainal Abidin, sebelum kemalangan, motosikal yang ditunggang adik mangsa sedang bergerak dari arah Kuching ke Kampung Sikog dan bertembung dengan motosikal abangnya yang secara tiba-tiba masuk ke laluan itu.

“Akibat pertembungan itu, adiknya cedera parah di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS),”katanya.

Beliau memberitahu, mayat dibawa ke Unit Forensik HUS dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.