Lelaki maut kereta bertembung lori balak di Simpang Dijih

Spread the love

SIBU, 3 Sept : Seorang lelaki maut dalam kemalangan ngeri yang menyaksikan keretanya ‘hancur’ di Simpang Dijih, Jalan Sibu – Selangau, dekat sini malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Joelin Mat, 38, meninggal dunia selepas keretanya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan balak dalam kejadian kira – kira pukul 8.07 malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sarawak, Penguasa Kanan I, Janggan Muling ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Wira itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan dari Hospital Sibu dan mayat dibawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat,” katanya.

Menurut Janggan, anggota bomba turut membersihkan serpihan kemalangan di kawasan itu bagi mengelakkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Abdul Malik Chi itu tamat pada pukul 9.41 malam,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.