Kerajaan Sarawak berusaha wartakan bangunan tinggalan sejarah

Spread the love

SIBU, 3 Sept : Kerajaan Sarawak berusaha sedaya upaya untuk memelihara bangunan warisan penjajah di Sarawak.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, kementerian telah mewartakan beberapa buah bangunan bersejarah di seluruh negeri.

Jelas beliau lagi, kebanyakan bangunan bersejarah yang telah diwartakan adalah kubu-kubu bersejarah seperti di Kapit dan Kanowit.

“Terdapat begitu banyak kubu dan kebanyakannya adalah seperti di Kapit dan Kanowit.

Selain kubu, terdapat juga bangunan lama seperti Pejabat Pos di Kuching dan Mahkamah Lama Kuching dan semua itu diwartakan sebagai bangunan bersejarah,” katanya.

Abdul Karim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, turut berharap agar lebih banyak bangunan lama atau tinggalan sejarah dapat diwartakan pada masa akan datang.

Menurutnya, jika bangunan-bangunan tersebut diwartakan, rakyat dapat mengekalkan identiti sesuatu tempat selain membantu dalam pemulihan atau penyelenggaraan bangunan bersejarah berkenaan.

“Saya tidak pasti berapa banyak bangunan yang diwartakan di Sibu tetapi jika ada bangunan lama, walaupun masih diduduki orang, keluarga dan semua itu, jika mereka mahu ia diwartakan, boleh. Itu (mewartakan bangunan) mengekalkan identiti tempat tertentu dan (dengan mewartakannya) ia juga akan memelihara bangunan itu.

“Pengubahsuaian atau pengecatan semula perlu mendapatkan sedikit kebenaran daripada Jabatan Muzium. Ordinan Warisan Sarawak akan merangkumi semua ini,” katanya lagi.

Abdul Karim berkata demikian ketika ditemui pemberita di sidang media bagi Majlis Pelancaran Pertandingan Fotografi Warisan Sibu pada jumaat. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.