Hospital Sri Aman II mula beroperasi, tawar tujuh perkhidmatan pakar

Spread the love

KUCHING, 3 Sept : Hospital Sri Aman II yang mula beroperasi sejak 1 September lalu turut menawarkan tujuh jenis perkhidmatan pakar.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr. Ooi Choo Huck berkata, perkhidmatan pakar berkenaan merangkumi Perubatan Am, Pediatrik, Pembedahan Am, Kebidanan dan Sakit Puan (O&G), Ortopedik, Radiologi dan Anestesiologi.

Kata beliau, perkhidmatan kepakaran Psikiatri pula dikekalkan di Hospital Sri Aman sedia ada.

Hospital Sri Aman II sudah mula beroperasi.

“Pengoperasian Hospital Sri Aman II akan memberi manfaat dan kemudahan kesihatan secara menyeluruh kepada masyarakat Bahagian Sri Aman dan daerah di sekitarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hospital itu turut dilengkapi dengan 108 katil. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.