BKSS 9.0 : Diskaun bil elektrik Julai dan Ogos akan diselaras pada Oktober – SEB

Spread the love

KUCHING, 3 Sept : Sarawak Energy Berhad (SEB) mengumumkan pelarasan bil elektrik bagi diskaun pada Julai dan Ogos yang akan ditunjukkan dalam bil elektrik pada Oktober.

Perkembangan itu menyusul susulan pengumuman Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Isnin lepas.

SEB berkata, pelanggan syarikat itu akan terus menerima diskaun bagi penggunaan Julai hingga Disember tahun ini.

“Pelanggan elektrik di Sarawak sudah pun menikmati tarif terendah di Malaysia dan rantau ini.

“Diskaun itu akan mengurangkan lagi bil elektrik bulanan untuk pelanggan di seluruh Sarawak sepanjang tahun,” jelas kenyataan SEB menerusi kenyataan media.

Menerusi BKSS 9.0, kira-kira 685,000 pelanggan SEB membabitkan sektor domestik, komersial dan perindustrian akan menerima diskaun antara lima hingga 25 peratus bagi bil elektrik untuk separuh tahun kedua 2022.

Inisiatif itu membabitkan perbelanjaan RM201.76 juta oleh kerajaan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, pemilik akaun boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan SEB di talian 1300-88-3111. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.