Tukang cuci warga Bangladesh dituduh bunuh rakan

Spread the love

BALIK PULAU, 2 Sept : Seorang tukang cuci warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohammad Imran Miah, 31, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Imran didakwa membunuh Alam Safiq, 32, di atas jalan berhadapan Kompleks Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru dekat sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 9.30 malam hingga 11.17 malam pada 21 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atiqah Asharaf Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 November depan untuk sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pada 22 Ogos lalu, TVS melaporkan polis menahan empat lelaki warga Bangladesh berusia 31 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang rakan mereka di Bukit Gedung, Bayan Baru, dekat sini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.