Kanak-kanak perempuan maut ‘dihempap’ hujan batu di Sepanyol

Spread the love

CATALONIA (Sepanyol), 2 Sept : Seorang kanak-kanak perempuan maut terkena hujan batu di perkampungan La Bisbal d’Emporda pada Selasa lepas.

Sejurus selepas kejadian itu, kanak-kanak yang berusia 20 bulan itu segera dibawa ke hospital namun gagal diselamatkan ekoran kecederaan parah pada bahagian kepala.

Sementara itu, Agensi Meteorologi Catalonia memaklumkan insiden angin kencang dan hujan batu itu merupakan yang terbesar pernah direkodkan dalam tempoh 20 tahun di wilayah berkenaan.

Video tular di media sosial menunjukkan hujan batu yang melanda wilayah tersebut. Kredit: Twitter @ignasicorney

Fenomena alam luar biasa itu turut mengakibatkan lebih 20 penduduk cedera dan puluhan panggilan kecemasan diterima pihak berkuasa.

Media antarabangsa melaporkan hujan batu yang ‘turun’ selama 10 minit itu juga telah merosakkan beberapa struktur bangunan dan kenderaan penduduk. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.