Greater Bau diyakini mampu tingkatkan taraf ekonomi penduduk Bau

Spread the love

BAU, 2 Sept : Perancangan komprehensif ‘Greater Bau’ yang dilaksanakan kerajaan Sarawak diyakini mampu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat di sini dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata daerah yang sinonim dengan gelaran Pekan Emas Sarawak ini memiliki keunikan dan keindahan yang sesuai diangkat sebagai tarikan pelancongan utama Sarawak.

“Daerah Bau berpotensi sebagai pusat destinasi pelancongan dan “emas” baharu sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat setempat sekiranya ia diurus dengan baik.

“Pekan Emas Sarawak ini memiliki keunikan dan keindahan yang sesuai sebagai tempat pelancongan.

“Seperti yang kita tahu, beberapa lokasi di Bau seperti muzium dan Taman Lombong Emas serta Tasik Biru Resort City telah dirancang dalam tempoh 10 tahun akan datang di bawah inisiatif ‘Greater Bau’ yang dapat menjana pendapatan kepada masyarakat setempat.

 

“Dan projek-projek ini sudah tentu akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi penduduk di sini.” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Borneo Keranji Farm, di sini hari ini.

Tambahnya kedudukan Bau yang tidak jauh dari Bandaraya Kuching turut mempu menjadikannya lokasi yang strategik mengembangkan lagi sektor ekonomi di daerah ini.

“Banyak produk tempatan mampu diketengahkan dan dipasarkan yang akan memberi pulangan yang besar buat penduduk.

“Bau tidak jauh dari Bandaraya Kuching, ia menjanjikan destinasi strategik yang menawarkan banyak produk pelancongan yang boleh diakses oleh penduduk tempatan dan pengunjung.” katanya.

Mengambil contoh Borneo Keranji Farm, Abdul Karim berkata ladang tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri dalam landskap pelancongan global kerana kawasan tersebut berkonsepkan agropelancongan yang menawarkan persekitaran yang kondusif dan sihat. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.