Bayi lelaki ditinggalkan di gerai makanan

Spread the love

LAHAD DATU, 2 Sept : Seorang bayi lelaki cukup sifat dipercayai baharu dilahirkan ditinggalkan di gerai makanan di Batu 5, Kampung Jaya Baru, Jalan Tengah Nipah di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Rohan Shah Ahmad berkata, bayi lelaki tanpa sebarang pakaian itu ditemui oleh pemilik gerai ketika hendak memulakan perniagaan pada pukul 7 pagi tadi.

Menurutnya, lelaki warga tempatan berusia 30 tahun itu kemudian menghubungi polis.

“Bayi seberat 2.9 kilogram itu dibawa ke hospital menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (PID) berkenaan di talian  089-881255 atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Marlisa [email protected] di talian 016-219 4554. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.