SK Ulu Segan Bintulu berwajah baru, Abang Johari lunas janji

Spread the love

BINTULU, 1 Sept: Sekolah Kebangsaan Ulu Segan Bintulu tampil berwajah baharu apabila telah siap dibina sepenuhnya menerusi dana Kerajaan Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM26 juta.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata wajah baharu sekolah itu juga kini tampil lebih selamat, selain lebih efisien berbanding sekolah yang lama.

“Walaupun pendidikan ini dbawah Kerajaan Pusat, tetapi memandang kepada anak-anak kita yang harus diberi kemudahan yang selesa untuk mereka belajar, tanpa terjejas banjir dan juga memberi kemudahan kepada guru yang mengajar dalam keadaan yang lebih selesa, saya telah buat keputusan biarlah kerajaan negeri yang buat kalau kerajaan pusat tak dapat buat,“ katanya.

Abang Johari berkata demikian pada satu sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Bintulu di sini, hari ini.

Katanya lagi cadangan pembinaan itu juga dituntut memandangkan kawasan dan struktur sekolah lama itu juga sering terjejas dengan masalah banjir.

Pada tahun 2018 Kerajaan Sarawak telah menerima cadangan pembinaan gantian penuh 12 bilik darjah, asrama dan 12 unit rumah guru serta lain-lain kemudahan.

Turut hadir pada lawatan kerja itu Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Ultiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Haji Julaihi Haji Narawi serta dif-dif kenamaan yang lain. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.