Pusat hiburan diserbu di Kuching, enam orang ditahan positif dadah

Spread the love

KUCHING, 1 Sept: Polis Daerah Kuching telah berjaya menahan seramai 20 orang di sebuah premis hiburan di Jalan Sungei Padungan dan Jalan Green Hill Kuching dalam operasi  ambang Merdeka pada 30 dan 31 Ogos yang lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, dalam operasi tersebut seramai 20 orang telah diperiksa untuk ujian saringan air kencing.

Katanya, hasil saringan awal, seramai enam lelaki telah didapati terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan empat daripada mereka turut didapati mempunyai rekod lampau kesalahan dadah.

“Kesemua lelaki itu telah ditahan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952 Akta dadah berbahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua yang diperiksa berumur dalam lingkungan 19 hingga 43 tahun.

Beliau turut memaklumkan bahawa semua yang ditahan akan disiasat dibawah Seksyen 15(1)a ADB 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi daripada RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi daripada dua tahun. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.