Warga Satok sertai kayuhan santai sempena Hari Kebangsaan

Spread the love

KUCHING, 31 Ogos : Lazimnya sambutan Hari Kebangsaan diwarnai dengan pelbagai aktiviti menarik bagi menyemarakkan hari penuh bersejarah ini.

Tidak ketinggalan di bandar raya ini berlangsung Program Kayuhan Santai Merdeka 2022 anjuran Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok.

Aktiviti ini menjadi pilihan masyarakat setempat apabila disertai peserta pelbagai lapisan umur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, objektif utama penganjuran program ialah untuk memperingati Hari Kebangsaan dan pada masa mempromosi gaya hidup sihat.

“Kayuhan ini merupakan program santai sempena 31 Ogos.

“Alhamdulillah sebagai anak Sarawak dan anak Malaysia, kita berbangga menjadi sebahagian nation dalam Malaysia,”katanya kepada pemberita selepas program berkenaan di Wisma Satok di sini hari ini.

Seramai 165 peserta menyertai kayuhan sejauh lima kilometer (km) mengelilingi kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ibrahim menambah, program kayuhan itu turut memberi impak positif dalam mengeratkan hubungan silaturahim  masyarakat pelbagai etnik. -TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.