Op Mabuk : Dua lelaki ditahan di Jalan Tuanku Osman, Sibu

Spread the love

SIBU, 31 Ogos : Dua lelaki ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan paras alkohol tinggi ketika operasi di Jalan Tuanku Osman di sini, malam tadi.

Kedua-duanya yang masing – masing berusia 54 dan 45 tahun itu gagal ujian saringan pernafasan apabila bacaan kandungan alkohol mereka melebihi paras dibenarkan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, beliau memberitahu, sebanyak 269 kenderaan dan 277 orang telah diperiksa sepanjang operasi yang bermula pukul 9 malam.

“Sebanyak 84 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh polis.

“Antaranya membabitkan kesalahan lesen memandu, ubah suai ekzos dan struktur kenderaan, kesalahan lesen termasuk tidak pamerkan pelekat ‘P’,  gagal tunjuk lesen memandu dan tidak ikat topi keledar,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Operasi selama lima jam itu disertai oleh tiga pegawai bersama 11 anggota trafik. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.