Kerani bank di Sibu rugi lebih RM27,600 diperdaya ‘scammer’

Spread the love

SIBU, 31 Ogos : Seorang kerani bank di sini kerugian RM27,620 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket menawarkan pekerjaan dalam talian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mangsa seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ‘berkenalan’ dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp diterimanya yang menawarkan kerja sampingan.

Menurut Zulkipli, pekerjaan yang ditawarkan sangat mudah iaitu hanya perlu membuat tangkap layar barangan yang diiklankan dalam laman web.

“Mangsa kemudian diminta untuk membuat pembayaran ke akaun yang diberikan oleh suspek dan dijanjikan bayaran komisen sebanyak 10 peratus untuk setiap tugasan yang berjaya dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Zulkipli berkata, mangsa yang teruja dan semakin yakin apabila menerima keuntungan dan komisen setelah melakukan dua tugasan.

“Mangsa kemudian membuat bayaran tambahan menerusi enam transaksi melibatkan jumlah RM27,600 selepas itu namun tidak menerima pulangan setelah selesai tugas dan menyedari telah diperdaya,” katanya.

Lelaki itu katanya membuat laporan di Balai Polis Sungai Merah kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.