Sarawak tuan rumah Forum Perniagaan Muslim Global 2022

Spread the love

KUCHING, 30 Ogos: Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi Forum Perniagaan Muslim Global 2022 yang akan diadakan pada Oktober akan datang.

Forum itu, yang bertemakan ‘Kebangkitan Ekonomi Islam Global Semakin Pulih Dalam Era Pasca Pandemik’, akan berlangsung selama dua hari dari 19 hingga 20 Oktober di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching (BCCK).

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, persidangan itu bertujuan untuk menggalakkan dialog dan wacana mengenai ekonomi Islam global.

“Ketua negara, pemimpin dan tokoh perniagaan utama dari negara-negara Islam dijemput untuk berkongsi pandangan mereka tentang ekonomi Islam global dalam era pasca pandemik.

“Beberapa pemimpin yang dijemput juga datang dari negara bukan Islam,” katanya.

Antara sorotan utama forum tersebut ialah pelancaran Majlis Pemimpin Perniagaan Muslim Global.

Ia adalah bagi menggalakkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan perniagaan islam, khususnya selepas pandemik di seluruh dunia.

Awang Tengah, yang juga pengerusi penganjur forum tersebut, berkata forum itu turut mengetengahkan peluang perniagaan dan pelaburan di Sarawak, khususnya dalam ekonomi tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen, minyak dan gas.

Menurutnya, sesi pemadanan perniagaan selama dua hari itu akan membuka peluang kepada pelabur untuk menerokai perniagaan dan pelaburan yang berpotensi di Sarawak.

Lebih 1,300 peserta antarabangsa dan domestik akan terlibat dalam forum tersebut, termasuk usahawan kecil dan sederhana Sarawak, sama ada secara fizikal mahupun maya. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.