NSJA beri penghormatan terakhir kepada mendiang Datin Sylvia Lim

Spread the love

MIRI, 30 Ogos : Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Datin Sylvia Lim Siew Lee, isteri Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang meninggal dunia pada Ahad lepas.

Rombongan yang diketuai oleh Presidennya, Andy Jong Wan Joon tiba di kediaman Sebastian di Tanjong Lobang pada pukul 8.30 pagi tadi.

Mewakili persatuan, Andy turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Sebastian.

Baca artikel berkaitan >>>> Isteri Sebastian Ting meninggal dunia

“NSJA turut bersedih di atas pemergiaan Datin Sylvia Lim dan berharap agar keluarga Datuk Sebastian tabah berdepan ujian ini.

“Persatuanmempunyai hubungan yang baik dengan keluarga mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti yang dianjurkan NSJA,” katanya.

Difahamkan, Siew Lee sebelum ini disahkan menghidap kanser paru – paru sejak lebih dua tahun lepas.

Sementara itu upacara pengebumian akan diadakan pada 1 September bermula pukul 10 pagi dan jenazah dijadual dibawa ke tanah perkuburan di Fairy Park Miri Cemetery. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.